engasas floral mask
[ Wanita Ini Menangis Tidak Dapat Tunaikan Permintaan Luar Biasa Dari Pelanggan ]
Assalamualaikum, saya Nurul Diana Binti Mohd Pudzi, berumur 23 tahun. pengasas FLORAL MASK .Kepakaran saya membantu orang ramai membuang pembiakan whitehead dan blackhead dengan berkesan tanpa rasa sakit dan terbukti berkesan.
Saya mula berniaga seawal umur 18 tahun ketika saya berada di Politeknik pada semester ke-2 disebabkan kesusahan keluarga yang teramat sangat. Semasa saya membuat keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke Politeknik, emak saya cakap “Hang nak pergi, pergi tapi emak tidak mampu untuk menanggung perbelanjaan hang.” Semasa sesi pendaftaran dan orientasi, emak hanya berikan saya RM10 sebagai bekalan dan itulah duit pertama dan terakhir yang saya minta dari emak.
Saya mula berniaga secara online dengan meminjam laptop sahabat sebilik. Berniaga pun hanya ‘hentam kromo’ sahaja. Menjual produk kosmetik jenama orang lain. Bulan pertama berniaga bersih mendapat RM500. Selepas 3 tahun beroperasi dengan memasarkan produk orang lain, tergerak di hati untuk mengeluarkan produk sendiri dengan berbekalkan simpanan yang tiada. Saya sangat yakin dengan pengalaman dan ilmu 3 tahun berbisnes, ia mampu membuatkan saya berjaya dalam memasarkan produk jenama sendiri.
Tetapi jangkaan saya meleset sama sekali. 3 bulan selepas produk jenama sendiri dikeluarkan, jualan yang dihasilkan tersangat sedikit. Tiada siapa yang sudi untuk menjadi pengedar.
Kedengaran suara-suara kecundang menjemput untuk saya putus asa. Duit simpanan habis sambil jualan pun tak laku. Ekoran peristiwa tersebut, abang saya mencadangkan agar saya menghadiri seminar Dr Azizan Osman. Hati tergerak untuk pergi tapi sebelum pergi, saya terlebih dahulu ‘meng-Google’ segala maklumat tentang Dr Azizan dan ternyata hanya anggapan negatif terus bermain di minda. Tapi saya tetap pergi dengan penuh rasa curiga dan takut.
Selepas menghadiri program Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) Mac 2014, barulah saya sedari akan kesilapan saya. Banyak perkara kecil di sekeliling yang saya anggap remeh tapi ia amat mempengaruhi perjalanan bisnes saya. Selepas sebulan, saya mempratikkan segala ilmu yang diajar, Subhanallah jualan produk saya meningkat kepada 400% peratus.
Dari pemulaan 1,000 tiub cukup untuk 3 bulan. Jualan pun mula meningkat dari 1,000 tiub sebulan kepada 1,000 tiub seminggu sehingga 10,000 tiub dalam masa hanya 1 minggu. Kejutan yang sangat drastik sehinggakan kilang tempat memproses produk huru-hara dengan permintaan di luar jangkaan. Saya mengalami tekanan hingga menangis kerana tidak dapat mengawal permintaan luar biasa.
Jualan saya dari RM5,000 sebulan meningkat mencecah antara RM100,000 hingga RM200,000 sebulan. Pernah juga saya mencapai jualan sehingga RM50,000 dalam tempoh 1 hari sahaja. Sujud syukur hanya untuk Allah.
Semasa saya pergi ke IMKK, saya submit dan berdoa serta berazam untuk mencapai simpanan sebanyak RM1 juta sebelum Disember 2014 pada umur 22 tahun. Rezeki Allah, saya dapat mencapai simpanan RM1 juta pada 14 November 2014 dan jualan bersih saya dari April – Disember 2014 adalah RM2.8 juta lebih dari apa yang saya jangkakan.
Paling membahagiakan apabila saya dapat menunaikan segala permintaan emak dan abah. Jika dahulu emak mengatakan ‘Emak tak mampu’ tetapi hari ini, saya yang mampu mengatakan kepada mereka, sebut sahaja apa impian emak, dengan berniaga insya Allah saya akan tunaikan. Emak doakan yang terbaik untuk saya.
Kepada sahabat di luar sana yang masih ragu-ragu dengan program Dr Azizan, hentikan ‘meng-Google’ seperti saya dahulu, bergerak pergi walau hati seribu curiga, sebab hanya yang menghadiri program Dr Azizan akan dapat merasai perbezaan berniaga dengan elmu dan tanpa elmu.
No comments:
Post a Comment